Wednesday, June 19, 2013

Assalamualaikum

Salam,

Bintang Collection menawarkan Baju Melayu untuk kanak-kanak dari yang baru lahir sehingga berusia 10 Tahun.  Yang istimewanya, Baju Melayu ini diperbuat daripada kain t-shirt yang sememangnya sangat selesa dipakai.  Tahu saja la kalau dah anak lelaki tu mana boleh duduk diam dan sentiasa berpeluh.  Jadi, Hari Raya ni, ibu bapa tak perlu berfikir panjang untuk membeli Baju Melayu untuk mereka.  Sesungguhnya Baju Melayu ini selesa di pakai dari pagi raya hingga la ke petang.  Apa yang penting, Baju Melayu ini tidak akan tersimpan begitu sahaja dalam almari kerana selepas musim raya, ia sesuai di jadikan baju tidur kerana kainnya yang begitu selesa.